BISMI EMPIRE SDN BHD (879316-V)

Anak Syarikat

BISMI CERGAS SDN. BHD. (322880-P)

AYAM BISMI SDN. BHD. (879314-K) ,

NAKA BIOLIFE SDN. BHD. (1308066-P)

AYAM BISMI FOOD SDN. BHD. (1350229-U)

VISI :

MENJADI PENERAJU SOLUSI AYAM HALAL UNTUK UMMAH

MISI :

 

  • Kami adalah entiti perniagaan ternakan bersepadu.

  • Kami menjanjikan ketenangan fikiran dengan menyediakan ayam halal segar pada kualiti premium.

  • Kepakaran kami adalah di dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam Halal.

  • Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna Muslim tentang kepentingan makan makanan yang Halal untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

​NILAI :

  • KASIH SAYANG

  • BEKERJASAMA

  • MEMBERI

  • INTEGRITI

  • TOYYIBAN

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Bismi Empire Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan Ayam Bismi adalah sebuah syarikat milikan Bumiputera Muslim yang menekankan konsep  halal 100% kepada ternakan, sembelihan dan mengedarkan produk. Produk-produk utama syarikat ialah ayam daging hidup, ayam segar beku (whole chicken) dan ayam segar beku (siap potong dan cuci). Selain itu, syarikat juga menyediakan produk sampingan seperti isi ayam dan chicken chop.

 

Model Perniagaan:  Bismi Empire Sdn Bhd memiliki dua buah anak syarikat di bawah seliaannya iaitu Bismi Cergas Sdn Bhd dan Ayam Bismi Sdn Bhd. Bismi Cergas Sdn Bhd menjalankan aktiviti menternak ayam , manakala Ayam Bismi Sdn Bhd menjadi agen pemasar, yang menjalankan aktiviti memproses dan memasarkan ayam.

 

Ayam Bismi Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 16 November 2009 oleh Puan Hajjah Mazlina Binti Kamarudin dan Tuan Hj Jaffri Bin Ahmad untuk memasarkan ayam segar di sekitar Alor Setar, Kedah. Ayam Bismi Sdn Bhd dan Bismi Cergas Sdn Bhd adalah pemilik jenama Ayam Bismi yang telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

ABSB mempunyai kilang dan pusat jualan di Pekan Simpang Empat, Kangkong yang telah beroperasi sejak tahun 1988 semasa Tn Haji Jaffri menubuhkan Syarikat Memproses Menjual Ayam Bismi dahulu. Kilang kami memproses ayam secara purata sebanyak 15,000 ekor ayam sehari.

 

Pada masa kini, ABSB mengorak langkah secara pesat dengan mencari Agent dan Stokist diseluruh Malaysia untuk memasarkan ayam Freshly Frozen Chicken (FFC) iaitu Ayam Segar Beku yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera untuk kemudahan surirumah yang bekerja terutamanya. Dengan terciptanya idea FFC ini, kami amat berharap pasaran Ayam Bismi dapat diluaskan keseluruh Malaysia.

Menjelang 2020, ABSB melancarkan produk baru iaitu Chicken Popcorn dibawah anak syarikat Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (ABFSB). Produk ini bakal dipasarkan melalui stokis dan ajen-ajen kami. Chicken Popcorn mempunyai dua perasa iaitu Original dan Spicy dimana menepati citarasa kanak-kanak dan semua lapisan masyarakat diluar sana.

TUAN HAJI JAFFRI AHMAD

PENGASAS BISMI EMPIRE

Bismi Cergas, Ayam Bismi, Naka Biolife, Ayam Bismi Food

Dilahirkan pada 8 Disember 1964

Lulusan Diploma Industri Perladangan (UiTM Arau, Perlis)

PUAN HAJAH

MAZLINA KAMARUDIN

PENGARAH URUSAN BISMI EMPIRE

Bismi Cergas, Ayam Bismi, Naka Biolife, Ayam Bismi Food

Dilahirkan pada 1 Ogos 1967

Lulusan Diploma Analisa Pelaburan (UiTM Shah Alam)

APA KATA PELANGGAN KAMI

Kalau masak kat rumah memang hakak sangat particular dalam memilih bahan mentah..
Kalau boleh ibu-ibu yang masak kat rumah tu pilihlah produk Muslim ye..contoh Ayam Bismi ni dah siap basuh dan potong.

Biasa akak pilik ayam Azzain organik tapi dah habis. Rupanya ada banyak pilihan produk Muslim yang lain..Ada banyak jer produk keluaran muslim sekarang ni.. sebenarnya kita kena sapot semua produk orang islam supaya demand tinggi dan harga boleh reduce..walaupun kebanyakkannya harga mahal.. tp mahal sikit jer...alaa kuranglah sikit beli tudung itik dengan ariani 😜tew..

Ni makanan yang akan jadi darah daging.. jadi pilihlah yang HALALAN TOYYIBAN.

-Tun Fatimah : Pengguna Ayam Halal 

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
 

Details

AYAM BISMI SDN BHD

NO 11 JALAN KANGKONG

SIMPANG EMPAT 06650

ALOR SETAR, KEDAH

04 7641828

marketing@ayambismi.com

STORE POLICY

Shipping & Delivery

Term Conditions

FAQ

2020 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com