Ladang Ayam Bismi
Ladang Ayam Bismi

Ayam Bismi mempunyai 19 buah ladang di sekitar Kedah dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor.

Anak Ayam Bismi
Anak Ayam Bismi

Setiap anak ayam yang masuk ke ladang Ayam Bismi berumur satu hari.

Pengguna Ayam Bismi
Pengguna Ayam Bismi

Setiap pengguna Ayam Bismi mendapatkan ayam halal yang berkualiti dari ladang terus ke dapur pengguna.

Ladang Ayam Bismi
Ladang Ayam Bismi

Ayam Bismi mempunyai 19 buah ladang di sekitar Kedah dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor.

1/14

sejarah penubuhan ayam bismi sejak 1987

Segalanya bermula ketika Pengasas merangkap Presiden Ayam Bismi, Haji Jaffri melibatkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 1987 setelah diperkenalkan oleh rakannya yang ketika itu juga berminat dalam perniagaan menjual daging ayam.

 

Beliau telah memulakan perniagaan ini dengan membeli ayam hidup daripada pembekal dan kemudiannya disembelih dan terus dipasarkan. Pada hari pertama memulakan perniagaan ini, Haji Jaffri telah sembelih sebanyak 50 ekor ayam dimana ketika itu tiada lagi tempat  untuk menjual ayam. Namun begitu, beliau telah mengambil inisiatif untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat  sehinggalah beliau berjaya mendapatkan tempat di Pasar Tani Alor Setar dengan usaha beliau sendiri dimana rakan beliau ketika itu sudah berputus asa.

Semenjak dari itu, beliau telah bertekad untuk membesarkan perniagaan beliau ke arah penternakan dan juga pemprosesan ayam secara besar-besaran. Oleh itu, usaha beliau ini telah mendapat sokongan yang padu oleh isteri beliau, Hajjah Mazlina yang kini memegang jawatan sebagai Kumpulan Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd.

Tempat pemprosesan Ayam Bismi pada awal kewujudan

visi syarikat

Menjadi jenama Ayam Halal yang paling dipercayai di seluruh Malaysia

Untitled-1.png
Untitled-1.png
Untitled-1.png
Untitled-1.png

misi syarikat

Kami adalah entiti perniagaan ternakan bersepadu dari ladang terus ke dapur anda.

Kami menjanjikan ketenangan fikiran dengan menyediakan ayam halal segar pada kualiti premium.

Kepakaran kami adalah di dalam bidang penternakan, pemprosesan dan pengedaran ayam Halal.

Ayam Bismi adalah satu bentuk dakwah dalam mendidik pengguna Muslim tentang kepentingan makan makanan yang Halal untuk mendapatkan kasih sayang Allah.