Ayam Bismi Sdn. Bhd.

Address : No. 11, Jalan Kangkong Simpang Empat,

06650 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

T +04-764 1828

F +04-764 4818

Hotline : 1-300-88-2926

Email: marketing@ayambismi.com

WHATSAPp.png

©2019 AYAM BISMI SDN. BHD. (879314-K). All Right Reserved.

GET SOCIAL

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

 

 

Q and A untuk Ayam Bismi 
=============================

Kenapa patah?
Sebabnya Jakim telah set water stunner tidak boleh melebihi 10 Volt, yg menyebabkan ayam akan menggelupur dgn kuat selepas disembelih dan sayap-sayap ayam akan berlaga sesama sendiri.

Kenapa nak pakai water stunner?
Kalau tak pakai stunner, silap-silap hancur sayap ayam atau jari penyembelih yg putus kerana ayam akan melawan.

Kenapa tak masukkan ayam dlm kon utk disembelih?
Sebab bagi saya sistem water stunner inilah yg digunapakai dikebanyakkan tempat penyembelihan. Juga jika menggunakan kon pada pendapat saya ayam tidak dapat menggelupur sepenuhnya sebelum mati dan menyiksa ayam.

Boleh ka pakai water stunner?
Syarat sah sembelihan ialah ayam yg nak disembelih mestilah masih hidup. Kalau dah kelupur sampai patah sayap, tak hidup lagi ka? Ayam yg dilalukan ke water stunner hanya merasa kebas dilehernya. Mcm u all nak kena suntik tu, Dr sapukan alkohol ka apa, supaya sejuk-sejuk cucuk tak sakit. Cuba biar Dr suntik mentah-mentah. Meraung tak?

Abis kalau yg pakai sistem water stunner tapi tak da halal Jakim?
Haa yg tu tak gerenti depa akan ikut perintah Jakim sebab Jakim tak kan buat audit berkala utk mereka.

Kenapa kena gantung ayam semasa menyembelih?
Sebabnya supaya darah-darah mengalir keluar dari badan ayam. Darah tersebut mengandungi penyakit dan toksin yg membahayakan kesihatan kita. Juga supaya ayam mati dgn aman, bukannya mati berhimpit jika selepas sembelih dimasukkan banyak-banyak kedalam raga dan bertimbun.

Ayam belum mati masuk air panas, kot2 la tak sedark?
Kami ada Checker yg juga ada Sijil Menyembelih dari Jabatan Agama Islam. 

Kenapa tak cabut perut dulu sebelum celur?
Sebabnya ayam-ayam kami hanya dilalukan sekejap sahaja melalui air panas. Tiada kesan terhadap dalaman ayam. Jika kami mencabut perut dahulu mungkin sisa-sisa najis akan meresap kedalam isi ayam apabila dicelur kerana semasa mencabut perut, kemungkinan najis masih lagi tertinggal didalam.

Tak najis ke air panas celuran sebab banyak ayam yg dicelur semasa proses?
Jumlah air dalam tangki celuran pada setiap masa ialah 2000 liter dan sentiasa air baru ditambah. Untuk pengetahuan 270 liter adalah dikira sebagai 2 qullah/kolah. Ini dah lebih brapa kolah dah kan.

Sembelih ayam kena hadap kiblat.

Memang mesin di kilang Ayam Bismi telah didesign supaya penyembelih mengadap kiblat.

Kenapa tak bagi ayam dengar ayat Al Quran sebelum disembelih?
Yg ni saya kena rujuk Ustaz. Adakah ayam faham dan perlu didengarkan ayat Al Quran.

AYAM TERKEHEL DAN PATAH SAYAP SELEPAS DISEMBELIH