MENGENAI LADANG KAMI
Pada permulaannya, Bismi Cergas telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk menjalankan aktiviti penternakan ayam secara kecilan sehingga berskala besar. Ladang-ladang ayam telah dibina dengan kapasiti ternakan setiap ladang hampir melebihi 120,000 ekor. Kini, Bismi Cergas telah memiliki 19 buah ladang dengan kapasiti ternakan melebihi 1.9 juta ekor ayam bagi satu kitaran. Berpegang kepada konsep ‘Halalan dan Toyyiban’, setiap ternakan dikawal selia oleh pasukan Flock Health yang berpengalaman dimana ayam ternakan dijaga rapi dengan kaedah Tanpa Suntikan, Tanpa Hormon Pembesaran, Bebas dari Antibiotik merbahaya yang diharamkan KKM dan sumber makanan ayam bebas dari sumber khinzir