Ayam Panggang Lemak Temasek


Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.

  • 1.5 inch halia

  • 1.5 inch lengkuas

  • 1.5 inch kunyit sagar

  • 12 ulas bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • 6 helai daun limau perut

  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)

  • 4 biji buah keras

  • Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus

  • 2 batang serai di titik saja

  • 400ml santan cair

  • Garam & gula secukup rasa

  • Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak di kuali,

  2. Masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus.

  3. Letakkan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aromanya bangkit, rasa kuahnya.

  4. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periuk dan  biarkan ayam masak seketika diapi kecil.

  5. Keluarkan ayam, letakkan di atas dulang pembakar dan panggang ayam selama 15 minit dengan suhu 160C, grill setting.

  6. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.

  7. Sajikan dengan sambal belacan, dan urap taugeh.

(Urap Ringkas) lebihan rempah ayam temasek di gaulkan bersama kelapa goreng dan daun limau perut, garam dan gula.

11 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua