Resepi Ayam Masak Halia

Kemaskini: Apr 30



Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)

  2. 1 sudu besar serbuk kunyit

  3. 1 biji bawang (dihiris)

  4. 2 inci halia (dihiris)

  5. 4 ulas bawang putih (dicincang)

  6. 10 batang cendawan tiram (dihiris)

  7. 2 sudu besar kicap cair

  8. 2 sudu besar sos tiram

  9. 1 sudu kecil lada hitam

  10. 1/4 cawan air tepung jagung

  11. Garam secukup rasa

  12. Daun bawang (dihiris)


Cara memasak:

  1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.  Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan. 

  2. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

  3. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.

  4. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!


8

0 lihatan

Details

AYAM BISMI SDN BHD

NO 11 JALAN KANGKONG

SIMPANG EMPAT 06650

ALOR SETAR, KEDAH

04 7641828

marketing@ayambismi.com

STORE POLICY

Shipping & Delivery

Term Conditions

FAQ

2020 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com