Resepi Ayam Goreng KFC



Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam

  • 10 tangkai cili kering

  • 2 sb serbuk cili

  • 2 sb serbuk kari daging

  • 1sb lada hitam

  • 1 sb secukup rasa maggi

  • sedikit garam

  • 3 biji telur

  • 2 sb tepung gandum

  • 10 sb tepung beras

Cara Penyediaan:


1) Cili kering dibasuh dan digoreng garing supaya rapuh macam keropok. (nanti senang nak lumatkan, guna tangan je atau boleh juga diganti dgn chilli flakes. 2) Perapkan ayam bersama cili kering, serbuk cili, serbuk daging, lada hitam, secukup rasa maggi dan garam. Telur juga dicampur dan diperap bersama. Lagi lama diperap, lagi sedap! 3) Untuk salutan tepung, campurkan tepung gandum dan tepung beras. 4) Lumur ayam tadi sebati dengan tepung kemudian baru goreng 5) Pastikan minyak betul-betul panas dan tenggelam ayam sepenuhnya.

127 lihatan0 komen