Resepi Ayam Rica Rica


Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong sedang

  • Cili api merah dan hijau 6 biji*

  • Bawang kecil 6 biji*

  • Kisar bahan *

  • Daun kunyit sehelai dihiris halus

  • Daun limau purut 4 helai yang muda dihiris halus

  • 2 batang serai dihiris nipis

  • Daun kemangi segenggam dihiris halus

  • Daun bawang dihiris 1 inci panjang

  • Tomato sebiji dipotong dadu kecil

  • Garam, gula perang/gula pasir dan sedikit ajinomoto

Cara-caranya:

  1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukkan ayam.

  2. Gaul sebati sehingga agak kecut dan masukkan tomato

  3. Gaul dan masukkan air sebanyak ½ cawan

  4. Sebatikan lagi dalam 5 minit dan masukkan serai

  5. Sebatikan dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut

  6. Perasakan dengan gula garam dan ajinamoto

  7. Tunggu sehingga ayam lembut dan masukkan daun kemangi dan daun bawang

  8. Gaul sebati dan rasa supaya sesuai dengan selera anda

  9. Siap untuk dihidangkan

25 lihatan0 komen