Resepi Begedil Ayam Sedap



Bahan-Bahan:


  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci

  • 150 gram daging ayam kisar

  • 1 biji bawang besar, didadu kecil

  • 1 pokok daun sup, hiris halus

  • 3 sudu besar bawang goreng

  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih

  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)

  • garam secukup rasa

  • 1 biji telur ayam

  • Minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:


  1. Cara untuk masak ayam:

  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.

  3. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.


  1. Cara untuk masak begedil:

  2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

  3. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.

  4. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.

  5. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.

  6. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.


0 lihatan

Details

AYAM BISMI SDN BHD

NO 11 JALAN KANGKONG

SIMPANG EMPAT 06650

ALOR SETAR, KEDAH

04 7641828

marketing@ayambismi.com

STORE POLICY

Shipping & Delivery

Term Conditions

FAQ

2020 by Ayam Bismi.

Proudly Created with Wix.com