Resepi Chicken Blackpaper Tortilla Wrap

Bahan-bahan yang diperlukan :
(untuk 5-6 orang makan)
Roti wrap (anything boleh) - 5 keping 1 peket
Salad
Telur rebus - 4 biji
Timun
Tomato
Kobis merah ungu (optional)
Sos cili
Mayonis
Isi ayam
Lada hitam
Carrot
Sos tiram
Bahan Masak Ayam Blackpaper :
400g Isi ayam kisar Bismi
Lada hitam - tumbuk halus biji lada hitam
Carrot
Sos tiram
1/2 inci halia - hiris
Bawang putih 1 ulas - hiris
Bawang besar 1/2 ulas - hiris
Cara Masak Ayam Blackpaper : 1. Tuang olive oil sedikit untuk tumis bawang, halia hingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam beserta lada hitam yang dah ditumbuk 3. Kemudian, masukkan carrot dan sos tiram beserta sedikit garam. Boleh tuang air sedikit sahaja bagi mengelakkan ianya terlampau kering. 4. Siap dan ketepikan dahulu.
Cara membungkus :
1. Mula sekali bakar roti wrap atas api sekejap. Tak perlu minyak ke apa. Just rotinya sahaja. Sebab roti wrap itu layurkan atas api seperti capati. Jangan lama nanti hangus.
2. Kemudian letaklah bahan-bahan yang ada. Letak salad, isi ayam blackpaper, telur rebus yang sudah dihancurkan, timun, tomato kemudian sos dan mayonis.
3. Last sekali lipat dua dan wrap bagi tak terkeluar isinya. Siap untuk dihidang dan makan!
Kredit resepi : http://www.wawaashiharaa.com/