RESEPI CHICKEN CHOP RANGGUP

Bahan-bahan untuk ayam:
Beberapa ketul bahagian chicken chop AYAM BISMI
Tepung goreng kentucky
Telur
Minyak masak
Mayonis
Kobis
Ubi Kentang
Sos tiram (Boleh ditambah jika ingin menambahkan kesedapannya)
Bahan-bahan untuk sos:
Halia
2 biji bawang putih
1 ulas bawang besar
1 sudu besar tepung jagung
Lada hitam (tumbuk dahulu)
Tomato (dipotong-potong)
Sos tomato
Air 100ml
Sos lada hitam
Kicap
Cara-Cara Membuat Chicken Chop Bismi
1) Perapkan semua bahagian chicken chop AYAM BISMI dengan sos tiram dan telur. 2) Setelah benar-benar sebati dengan ramuan tersebut celupkan AYAM BISMI dengan tepung kentucky. 3) Kemudian gorengkan AYAM BISMI tersebut dengan api yang tidak terlalu kuat. 4) Untuk hiasan ambil kobis dan cincang halus-halus dan gaulkan dengan mayonis. Cara-Cara Membuat Sos Chicken Chop
1. Ambil bawang putih dan halia (tumbuk terlebih dahulu) dan tumiskan sehingga naik bau wanginya. 2. Kemudian masukkan pula air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan pula serbuk lada hitam, gula, garam dan perasa tambahan. Kemudian masukkan pula bawang besar dan tomato. 3. Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan air masak dan campurkan dengan sos tersebut supaya pekat. 4. Chicken chop sedap dan amat mudah resepinya telah siap sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba Dari Kami Di AYAM BISMI :)