Resepi Telur Bungkus



Resepi Telur Bungkus Ala Thai Sumber resepi : Farida Alang #rmm . Bahan-Bahan:

2 biji telur 100gm isi ayam kisar Bismi 2 ulas bawang putih 1 ulas bawang besar ( dihiris nipis) 1 biji tomato ( dibelah 6 ) 1 sudu besar kacang peas 2 sudu besar sas tomato 1 sudu besar sos tiram garam secukup rasa daun ketumbar ( dipotong 1 inci ) . Cara: 1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. 2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam kisar Bismi. 3. Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. 4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi. 5. Sedia dihidang.

Selamat mencuba. Pelbagai lagi resepi ayam di www.ayambismi.com

28 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua